23 July 2012

Takot gemuk x?????





Semua orang takut gemuk, terutamanya kaum PEREMPUAN. Kenapa orang takut gemuk? Kalau ditanya pasti ramai yang menjawab bimbang diri tidak lagi cantik, tidak mempunyai bentuk badan yang ideal, dan ada jugak yang takut suami tinggalkan kerana bentuk fizikal isteri dah tak cantik. Macam-macam alasan yang diberikan, jarang sekali yang memberikan alasan demi menjaga kesihatan. Dan apabila berat badan meningkat, masing-masing kurangkan makan tanpa pengetahuan yang betul tentang diet yang seimbang. Masing-masing mengamalkan diet yang salah yang menyebabkan kesan negatif lain yang mungkin timbul.Aku bukan nak terangkan berkenaan diet yang betul,hanya nak membincangkan berkaitan obesiti iaitu kegemukan yang terlampau.

Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit apabila tisu-tisu lemak badan menjadi keterlaluan kerana ia mengganggu atau mencederakan organ-organ badan yang lain menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Di Malaysia, sebahagian besar daripada kita menghadapi masalah obesiti kerana kebanyakan daripada kita tidak mengamalkan diet seimbang. Mereka seolah-olah hanya duduk, dan makan untuk mati.

Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa obesiti boleh memendekkan jangka hayat sehingga 10 tahun. Menakutkan tapi itu hakikat yang perlu didepani apabila tubuh tidak lagi tertanggung dengan berat yang terlampau.

Kebiasaannya apa yang diperhatikan, kita cepat perasan kita gemuk walaupun pada hakikatnya tidaklah dalam kategori gemuk. Di sini disenaraikan kategori individu yang boleh dikategorikan gemuk terlampau atau obesiti :
- Individu yang mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukurannya ideal (rujuk BMI)

- Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badannya ideal

- BMI melebihi 40 atau

- BMI melebihi 35 dan mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes

- Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun setelah mengikuti diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Kebiasaannya orang hanya memandang mudah masalah obesiti. Mereka hanya risau jika mereka menghidap penyakit seperti barah payudara, barah pangkal rahim, darah tinggi. Apabila menghadapi masalah obesiti, mereka hanyalah berfikir gemuk tidak akan membawa kematian, tidak seperti penyakit-penyakit lain yang boleh membawa maut. Mereka terlupa bahawa pengumpulan lemak yang berlebihan boleh mengganggu organ dalaman badan yang menyebabkan sistem badan tidak mampu berfungsi dengan baik sehingga boleh menyebabkan kematian. Contohnya adalah gangguan pada sistem yang disenaraikan di bawah ;

Sistem jantung - tekanan darah tinggi, sakit jantung koronari dan salur darah tersumbat
Sistem perkumuhan - cirit-birit dan lemak di bahagian hati
Sistem pernafasan - kesukaran bernafas dan tidur berdengkur/ apnea tidur
Bahagian saraf - tekanan mental, rasa rendah diri dan strok
Bahagian kulit - jangkitan bakteria dan kulat 
Bahagian dada - kanser payudara
Bahagian pembiakan wanita - kanser pangkal rahim
Perempuan mengandung - masalah ketika bersalin

Apabila sistem badan telah lemah, pelbagai penyakit akan timbul, dari seremeh-remeh penyakit sehinggalah kepada sebesar-besar penyakit. Penyakitnya pula jenis berantai sehingga menyebabkan semua sistem badan akan lemah dan tidak lagi mampu mengawal aktiviti tubuh dan seterusnya boleh mengundang kepada maut.

Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan masalah kegemukan. Ia merupakan punca segala penyakit. Bukan hanya sekadar mengubah fizikal, tetapi turut menjadi penyebab utama kematian. Amalkan pemakanan yang seimbang dan senaman yang berterusan. 

No comments:

Post a Comment

tq for share