24 July 2012

FAKTA KOLOSTRUM


ANTARA KANDUNGAN SLIM DIET2

Kolostrum adalah susu 3 hari pertama atau susu awal lembu yang kaya dengan faktur imun seperti IgG, IgM, IgE, IgD, IgA, PRP, laktoferin, limfokin,citokin atau interleukin dan kaya dengan faktur pertumbuhan atau dikenali juga sebagai faktur penyembuhan seperti Egf ,Tgf A dan B, Igf 1 dan 2 , Pdgf , nerve f dsb.

Kolostrum juga kaya dengan faktur nutrien lain seperti mineral, vitamin, enzim dan asid amino.

Dengan perisian semulajadi faktor-faktor tadi kolostrum berupaya meningkat sistem daya tahan badan dengan menghalang jangkitan kuman seperti virus, bakteria,fungus dan juga kesan toksik kepada badan. 

PRP membantu sistem imuniti yang lemah, dapat mengimbangi sistem imun yang `overactive`, daripada penyakit autoimun, dan dapat mengurangkan reaksi alahan atau allergik.

Dengan 2 faktor utama bersama dengan nutrien yang ada pada kolostrum ianya boleh meningkatkan keupayaan dan stamina , mempercepatkan penyembuhan luka atau kecederaan dan ulcer daripada penyakit. 

Kolostrum boleh membantu memperbaiki nisbah berat otot dan lemak badan ,meningkat dan membina otot tanpa lemak serta membakar lemak untuk tenaga. 

Kolostrum boleh mengawal atur atau mengimbangi aras tekanan darah, gula darah dan mampu mengurangkan aras kolesterol darah. 

Kolostrum boleh membantu pesakit yang diambang gejala kearah penyakit sindrom metabolik.

Kolostrum boleh melegakan kemurungan dan memperbaiki mood bawah tekanan. Ianya mengandungi glycoprotein yang boleh meningkat aktiviti serotonin dalam otak dan mengurangkan kepekatan kortisol ,dengan itu boleh meningkatkan tumpuan dan aktiviti untuk kemajuan minda.

Kolostrum menggalakan flora usus sihat , membantu menyihatkan sendi dan rawan, menyegarkan otot dan menghaluskan kulit.

No comments:

Post a Comment

tq for share