24 July 2012

Tak boleh mengandung sebab gemuk?


Apabila badan sudah gemuk, pelbagai masalah akan muncul. Ada pengalaman yang menceritakan bagaimana sesebuah keluarga itu tidak dapat cahaya mata disebabkan pasangan itu saiznya agak besar. Banyak sebenarnya cerita seperti ini di luar sana. Tak boleh mengandung disebabkan gemuk!

Badan yang besar biasanya mempunyai masalah hormon. Apabila hormon tidak seimbang, maka ia akan menjejaskan kitar haid. Kitar haid yang tidak seimbang inilah yang akan mengakibatkan masalah wanita yang gemuk tidak boleh mengandung. Ada juga yang gemuk tetapi boleh mengandung, itu terjadi mungkin hormonnya stabil. Bestnya jadi orang macam tu kan? =)
Sindrom PCOS
PCOS  atau polycystic ovarian syndrome merupakan sindrom kesan daripadai masalah kegemukan Mereka yang menghadapi masalah ini tidak mempunyai cukup hormon untuk menyebabkan telur matang dalam ovari seterusnya gagal untuk dikeluarkan semasa proses ovulasi.
Bagaimana untuk menghadapi masalah ini?
Senang sahaja, turunkan berat badan. Perempuan sepatutnya mempunyai BMI 22, barulah sentiasa menawan gitu. Berat badan ideal ini boleh tengok disini untuk ketahui adakah anda berada di berat yang ideal atau tidak. Jadi, kepada perempuan di luar sana, beringatlah sebelum kena. jaga kesihatan, jaga makanan, barulah kekal SEXY =) yang paling penting, tiada masalah untuk mengandung nanti

No comments:

Post a Comment

tq for share