01 August 2012

Kurang tidur punca gemuk




Para saintis berkata, kanak-kanak yang kurang tidur lebih berisiko untuk menjadi gemuk.


Mengikut kajian terhadap 250 kanak-kanak, mereka yang tidak cukup tidur berisiko untuk menambah indeks jisim badan (BMI).


Kajian lepas menunjukkan kekurangan tidur menghalang badan dari menghasilkan kuantiti hormon yang mencukupi dan seterusnya memberi tekanan terhadap selera makan.


Kurang tidur akan meningkatkan selera makan selain menganggu kadar metabolisme serta mengubah tindak balas badan terhadap insulin, hormon yang dikaitkan dengan kebolehan badan untuk menyimpan lemak.


Menurut Profesor Taylor dan rakan-rakan sekerjanya dari Unit Nutrisi Manusia di DunedinNew Zealand, mengurangkan masa tidur berkemungkinan akan meningkatkan selera makan seperti memakan makanan ringan kerana banyak masa yang terluang digunakan untuk aktiviti tersebut.


"Masalah tidur juga akan mempengaruhi pengeluaran tenaga, dan apabila berasa letih, kanak-kanak akan kurang melakukan senaman dan itu menyebabkan mereka makan dengan lebih kerap," kata Profesor Taylor.

No comments:

Post a Comment

tq for share